About Me

Wednesday, October 19, 2011

Kesihatan












Tips Kesihatan
DURIAN BELANDA BOLEH MERAWAT PERBAGAI PENYAKIT

RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.

Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong.
Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.

Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.

Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.

Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.

Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyanadigalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.

Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese, sukrosa, reticuline dan tannin.

Tuesday, October 18, 2011

Asal nama

Assalamualaikum.....
Pertama kali di ucapkan ribuan terima kasih atas kesudian melawat blog ini...
Untuk makluman saya berasal dari Sungai Besar, Selangor. Sungai Besar, Kedah pun ada juga.
Dilahirkan dengan keturunan Jawa Malaysia.
Semasa kecil (budak budak) dulu selalu juga bermain di kawasan sawah padi. Seketika waktu itu, adalah embah (datuk) menyakat saya untuk bermain-main di sawah beliau. Oleh kerana tak mahu bermain saya katakan padanya JELU...

JERU       =        DALAM
(jawa)                (melayu)

Oleh keran lidah semasa kecik tak petah untuk sebutan R jadi semua sebutan R menjadi L...itulah mulanya.

Ok...kenapa Jamel bukan Jamil.....itu sebutan je...orang jawa cakap pronounsation... hahahahaa

wassalam













buat blog

Memasukkan Label

Label digunakan untuk mengumpulkan semua posting ke dalam satu kumpulan. Cara-cara untuk memasukkan label:
1. Buat satu post baru,
2. Masukkan label yang sesuai di ruangan bawah editor "Labels for this post:"
3. Klik Publish Post bila selesai
4. View blog, perhatikan terdapat label di bahagian bawah post

Memasukkan gadget label di dalam blog

1. Pergi ke design
2. Klik add a gadget
3. Pilih label
4. Tandakan ditempat yang sesuai jika perlu, jika tidak klik butang SAVE
5. View blog dan perhatikan terdapat satu gadget untuk label

Memasukkan marque

Cara-cara memasukkan marquee

1. Pergi ke laman hypergurl.com/marquee.html
2. Pilih kod yang dikehendaki
3. klik kanan atas teks yang dipilih, klik copy
4. Pergi ke blogger, design, klik add gadget, pilih html/java
5. masukkan tajuk, klik kanan di kawasan kosong di bawah tajuk, klik paste
6. klik save

langkah untuk tambah gajet kalender


tambah kalendar

Tambah kalendar
1. pergi laman mycalendar.org
2. Pilih kalendar (sebelah kanan)
3. klik "get islamic calendar widget'
4. Salin kod yang dipaparkan
6. Pergi ke design di blogger
7. Klik pada add gadget
8. Pilih html/java
9. Letakkan title
10. tampal (paste) kod di bahagian content
11. save 

Monday, October 17, 2011

menambah artikal ke dalam blog

Menambah artikal kedalam blog
1.  pilih website yang berkenaan
2.  pilih cerita
3.  salin kod
4.  pergi ke blogger
5.  pilih design
6.  klik add gadjet
7.  pilih htnl/java script
8.  tampal (paste) di bahagian content
9.  save

Belajar buat blog

Blogging


Hari ini mula belajar buat blog...nak jadi warga bogger la katakan